"BELIA PENGGERAK WAWASAN BANGSA"

Anak Cerul wakil Malaysia

Zulhakim Che Din
Tahniah buat Muhammad Zulhakim Che Din, anak Felda Cerul yang akan mewakili negara di Asean School Games di Hanoi Vietnam pada 22 hingga 30 Jun 2013. Beliau terpilih mewakili negara selepas menjadi Juara Peringkat Kebangsaan di Kejohanan Silat MSSM di Putrajaya pada Mac 2013 lalu.

Pengerusi Persatuan Belia (MBFM) Felda Cerul menyampaikan saguhati atas kecemerlangan Zulhakim mengharumkan nama belia Cerul setelah terpilih mewakili negara ketika majlis doa selamat baru-baru ini.

Di Vietnam beliau akan bertanding dalam kategori Silat Olahraga Kelas C Putera dan akan mula menjalani latihan pusat di Bukit Jalil pada 11-22 Jun 2013.

Beliau merupakan ahli Persatuan Seni Silat Gabungan Sejati Felda Cerul dan ahli Persatuan Belia (MBFM) Felda Cerul.

Fauzi Adam
Sementara itu, Mohd Fauzi bin Mat Adam, Pengerusi Persatuan Belia (MBFM) Felda Cerul, Kemaman merangkap Naib Pengerusi 1 Majlis Belia Daerah Kemaman berkata beliau amat bangga dengan pencapaian ahli-ahli Persatuan Seni Silat Serul yang setiap tahun sejak 2004 ada sahaja yang mewakili negeri dan negara. Sebelum-sebelum ini pun ada 2 ahlinya mewakili Terengganu dan memenangi pingat di Sukan Malaysia (Sukma)

"Selain silat, anak-anak muda di Felda Cerul juga menempa nama apabila 3 tahun berturut menjadi juara Negeri Terengganu dalam acara kompang formasi."

Beliau juga berharap belia-belia di Felda Cerul dapat mencontohi Zulhakim yang bersemangat berlatih dan mencabar dirinya untuk jadi yang terbaik. Di peringkat persatuan, beliau akan sentiasa membantu sedaya upaya belia/wanis yang ingin memajukan diri dalam apa jua bidang yang diceburi.

"Kami juga mendoakan kejayaan Zulhakim di Vietnam nanti," tambahnya lagi.

No comments:

Terkini @blog kami !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...