"BELIA PENGGERAK WAWASAN BANGSA"

"Cerita Benar" yang perlu warga FELDA tahu !

Sumber Gambar: http://www.facebook.com/tqfelda
Di sebalik kejayaan golongan peneroka FELDA ketika ini, banyak cerita yang tersirat ketika kerajaan mula-mula memperkenalkan tanah rancangan Felda puluhan tahun lalu.

Dulu generasi pertama peneroka Felda hidup sangat susah dengan serba kekurangan. Mereka bermula dengan tangan kosong dan dibawa dari seluruh pelosok negara dan dikumpulkan di kawasan hutan belantara semata-mata untuk membela nasib mereka.

Untuk membuka tanah rancangan di Jengka, Pahang sahaja pada tahun 1965 (iaitu selepas merdeka), kerajaan dengan berani membuat pinjaman daripada Bank Dunia.

Sebanyak AS$52 juta (kira-kira RM250 juta ketika itu) dipinjam, ia amat besar jumlahnya berdasarkan negara baharu sahaja merdeka.

Kerajaan ketika itu turut mengeluarkan peruntukan tambahan hingga menjadikan pembukaan projek tanah rancangan Felda di Jengka mencecah kira-kira RM347 juta.

Ramai yang tidak sedar, ketika itu kerajaan sanggup meminjam semata-mata mahu mengeluarkan rakyat daripada kemiskinan hidup.

Untuk meminjam daripada Bank Dunia, pihak bank pada awalnya sukar mempercayai kemampuan kerajaan Malaysia hendak menjadikan kawasan hutan belantara sebagai penempatan baru dan membuka ladang.

Namun, akhirnya pinjaman itu diluluskan juga setelah Bank Dunia menghantar wakil bagi meninjau rancangan kerajaan tersebut.

Namun kini semuanya berubah, ini menunjukkan kemampuan mereka setelah menyertai tanah rancangan Felda. Kehidupan mereka lebih baik. Namun, agak terkilan, pelbagai kejayaan dicapai itu tidak dihargai oleh segelintir peneroka yang mudah termakan hasutan pihak luar.

Sumber: RAKTRA

No comments:

Terkini @blog kami !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...