Enam inisiatif bantu ekonomi belia Felda
Oleh Azman Zakaria
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan enam program, termasuk Skim Insentif Usahawan Felda (SIUF) berupa pinjaman tanpa faedah dan tanpa cagaran bagi melaksanakan projek ekonomi untuk belia Felda.
Timbalan Perdana Menteri berkata, enam inisiatif itu dilaksanakan bagi membawa transformasi di kalangan belia Felda seluruh negara sejajar usaha membawa mereka menyertai arus perdana pembangunan sosioekonomi Malaysia.Katanya, enam program itu akan dijalankan secara berterusan dengan penambahbaikan dari semasa ke semasa manakala peruntukan yang disediakan untuknya akan ditambah mengikut permintaan.“Ia tidak berdasarkan hanya kepada penyelesaian masalah tetapi berpaksi untuk mencapai lima misi utama yang digariskan Felda,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen dan Anugerah Belia Felda Malaysia 2006 di sini, semalam.Pada majlis itu, Najib menyampaikan anugerah kepada 12 pemenang dengan kategori anugerah Persatuan Belia Cemerlang Felda Malaysia yang membawa hadiah wang tunai RM7,000 dan bantuan aktiviti bernilai RM6,000 serta piala Timbalan Perdana Menteri dimenangi Persatuan Belia Sejati Felda Bukit Besar, Kota Tinggi, Johor.
No comments:
Post a Comment