Pembangunan Belia & Usaha Membanteras Gejala Sosial oleh FELDA
Golongan generasi kedua atau belia FELDA merupakan golongan tumpuan pihak pengurusan. Selain pelbagai kemudahan kecemerlangan pendidikan telah disediakan, FELDA turut memastikan kepada pembangunan sahsiah dan jati diri golongan ini. Pada masa ini, tumpuan diberikan kepada program pembangunan dan pemantapan sahsiah dan jati diri seperti Kem Bina Remaja, Kursus Pembinaan Sahsiah dan Jati Diri diadakan di semua peringkat Wilayah dan rancangan. Selain daripada itu, golongan belia juga dilibatkan dalam program sukarelawan FELDA melalui penubuhan JPA3 sebagai aktiviti tambahan di samping memberi mereka peluang melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan seterusnya membantu golongan warga emas. Program-program berbentuk pengukuhan keyakinan melalui ceramah, kursus atau seminar kesedaran dan kegiatan kemasyarakatan juga dilaksanakan. Program berbentuk semangat berpasukan melalui sukan dan kebudayaan seperti Karnival Sukan dan Kebudayaan Warga FELDA yang melibatkan pertandingan sukan dan kebudayaan di peringkat rancangan dan Wilayah seperti Bola Sepak, Sepak Takraw, Bola Tampar, dan Bola Jaring. Bagi aktiviti kebudayaan pula, pertandingan berbentuk perpaduan kenegerian telah diadakan di semua peringkat bagi memupuk semangat perpaduan dan cintakan kebudayaan di kalangan peserta.
JOM, PERKASAKAN BELIA FELDA !!!!!
Persatuan belia di kawasan luar bandar, termasuk Felda mempunyai misi besar dalam memberi penerangan dan penjelasan terperinci bagi setiap rancangan kerajaan kepada kumpulan sasar masing-masing. Malah, mereka juga bertanggungjawab menyalurkan pelbagai maklumat terkini usaha kerajaan melahirkan lebih ramai generasi belia berkualiti sejajar dengan program pembangunan modal insan. Sehubungan itu, persatuan belia di luar bandar dan Felda perlu menyusun strategi dan gerakan dalam menganjurkan pelbagai kempen penerangan selain menarik minat generasi muda menjadi ahli dan berpersatuan. Sebagai persatuan yang mewakili golongan berusia antara 15 tahun hingga 40 tahun, mereka mempunyai tanggungjawab besar bagi mendampingi generasi muda sekali gus membantu mencari jati diri masing-masing sekali gus menjauhi gejala tidak sihat. Tindakan sedemikian juga dapat mengikis tanggapan pelbagai pihak bahawa golongan belia di luar bandar termasuk Felda sering kali dikaitkan denganpembabitan masalah penagihan dadah, mat rempit dan jenayah. Pemimpin masyarakat tempatan digesa segera menubuhkan persatuan belia peringkat kampung dan mukim masing-masing bagi menggerakkan agenda kerajaan. Selain itu, pertubuhan belia sedia ada pula perlu aktif merancang program dan aktiviti yang mampu menarik minat penyertaan belia dan remaja di kawasan masing-masing seterusnya menjadi ahli persatuan. Antara masalah yang sering dihadapi persatuan belia sedia ada ialah kesukaran menarik penyertaan generasi muda menjadi ahli dan mengikuti pelbagai program dan aktiviti seperti kemasyarakatan, pendidikan, motivasi dan keagamaan. Bila program sedemikian diadakan, penyertaan peserta masih rendah. Mereka boleh memikirkan kaedah lain seperti menganjurkan lebih banyak program seperti sukan dan riadah kerana ia dilihat dapat menarik lebih ramai orang. Namun, apabila ditanya sama ada sudah menjadi ahli persatuan belia masih ramai yang gagal berbuat demikian. Oleh itu, jawatankuasa persatuan perlu memikirkan pelbagai kaedah dan pendekatan bagi mengajak golongan belia dan remaja menyertai mereka sekali gus menghindari gejala tidak sihat. Persatuan belia hendaklah agresif dan proaktif dalam mendekati generasi muda dan membimbing mereka supaya tidak mudah terpengaruh dengan gejala sosial termasuk penagihan dadah dan mat rempit. Terdapat banyak persatuan belia yang perlu dibimbing supaya boleh bergerak untuk kepentingan ahli sekali gus membantu pembangunan masyarakat setempat.

No comments:
Post a Comment