Lima Visi FELDA
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menggariskan lima visi untuk memacu pembangunan Felda bagi tempoh 50 tahun akan datang. Lima visi itu adalah; pertama, masyarakat Felda perlu muncul sebagai masyarakat contoh dengan landskap moden, bersih, cantik dan bebas daripada semua gejala sosial seperti jenayah, penagihan dadah, remaja mengandung tanpa nikah dan bebas dari belenggu kemiskinan. Bagi memastikan semua itu dapat dicapai, masyarakat Felda akan disediakan dengan semua infrastruktur asas seperti air, elektrik, jalan raya dan kemudahan asas lain seperti kesihatan, pendidikan dan rangkaian komunikasi. Kedua, ialah memastikan kemunculan kelas pertengahan baru di kalangan penerokanya dengan meningkatkan dan mempelbagaikan pendapatan mereka. Strategi ketiga ialah untuk menjadi pemain global dengan memupuk budaya properniagaan, korporat dan melahirkan sumber manusia berkelibar dan mempunyai kepakaran dalam pelbagai kemahiran dan bakat. Keempat, ialah memberi tumpuan untuk memupuk dan membangunkan potensi generasi kedua peneroka yang berjumlah kira-kira 500,000 orang. Akhir sekali, Felda mesti memperkukuhkan diri sendiri sebagai sebuah institusi yang mempunyai nilai yang betul, pakar, berorientasikan hasil dan memiliki budaya prestasi tinggi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment