"BELIA PENGGERAK WAWASAN BANGSA"

Fitnah FELDA jual minyak kepada Israel berniat jahat

Oleh: Fauzi Mohd

NYAWA PAS bergantung kepada fitnah! Tanpa fitnah PAS sukar untuk hidup dan pemimpin PAS payah untuk mencari makan. Terbaru, fitnah Felda jual minyak kepada Israel. Sebaliknya, anak syarikat Felda, Felda-Iffco Sdn Bhd membuat penghantaran ke PALESTIN pada 2010 dan 2011 bagi memenuhi pesanan dengan menggunakan Pelabuhan Ashdod di Israel, KERANA TIDAK MEMPUNYAI SALURAN PENGHANTARAN LAIN. 



FISB mula membuat penghantaran ke Palestin pada Mac 2010 dan terakhir pada 9 Disember 2011 dengan nilai dagangan sekitar RM30 juta. Invois 7 Januari 2012 menunjukkan FISB membuat penghantaran menggunakan kapal Gallia V.1201 ke alamat, Ajjawi Comersial Store Company, Jenin-Palestin melalui Pelabuhan Ashdod. Penyokong PAS kena fikir, kenapa Misi Ke Gaza anjuran PGPF melalui jalan darat? Mazlan Aliman kena bagi tahu pembaca Harakah, Palestin ada berapa pelabuhan? Atau tidak ada?

Ulasan: Sebelum ini, demi keuntungan politik, FELDA telah difitnah dengan pelbagai fitnah seperti FELDA bangkrap, tanah peneroka tergadai, FELDA tipu peneroka dan banyak lagi. Semua ini adalah kerana taktik licik parti politik untuk mendapatkan undi semata-mata dan bukannya berniat murni untuk kebajikan peneroka seperti yang telah dilakukan oleh kerajaan BN sejak menubuhkan FELDA dulu. Namun, warga FELDA bukannya BODOH dan mudah tertipu dengan isu-isu murahan ciptaan pembangkang. Sejuta kebajikan yang telah dinikmati oleh warga FELDA tidak mungkin dapat diatasi dengan fitnah-fitnah jahat pembangkang.

+++ Terima kasih FELDA kerana terus membantu PALESTIN. Pray4Gaza !!!

No comments:

Terkini @blog kami !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...