"BELIA PENGGERAK WAWASAN BANGSA"

Budak FELDA anjur BERSIH 4.0 !!!


Sukarelawan MBFM Cerul telah sama-sama merancang secara sendiri dan mengambil inisiatif untuk hadir ke Felda Seberang Tayor utk membersihkan rumah-rumah mangsa banjir di sana. Program selama dua hari iaitu pada 29 dan 30 Disember 2012 telah melibatkan seramai 29 orang belia/wanis Felda Cerul. Kesukarelaan tanpa duit minyak kereta, tanpa elaun, tanpa t shirt amat terserlah. Terima kasih kepada semua yang mengikuti dan menjayakannya. 



Dan yang istimewanya ketika kami sedang minum air selepas program, YB DS Shabery Cheek juga singgah ke kedai yang sama selepas memberi bantuan banjir di kampung-kampung lain. Jadi bolehlah kami semua beramah mesra dan bergambar dengan Menteri Belia dan Sukan dan ahli parlimen yang kami sayangi. 


Saksikan lebih 120 keping gambar tentang BERSIH yg diadakan di Facebook kami.

No comments:

Terkini @blog kami !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...