"BELIA PENGGERAK WAWASAN BANGSA"

Ucapan khas sempena Pilihanraya Umum Ke-13


Selamat pulang mengundi buat semua rakan-rakan belia dan beliawanis yang tinggal di luar. Kami para belia di Felda Cerul mengalu-alukan kepulangan rakan-rakan untuk mengundi dan memilih kerajaan yang terbaik untuk Malaysia. 

Kita selaku warga Felda dilabelkan bukan sahaja "anak emas" di Malaysia tetapi juga sebagai golongan paling beruntung di dunia oleh sesetengah pihak. Ini semua adalah kerana kejayaan program yang asasnya ditubuhkan untuk membasmi kemiskinan dikalangan bumiputera dan akhirnya kini selepas 50 tahun penubuhan FELDA bukan sahaja diiktiraf selaku program pembangunan tanah paling berjaya di dunia tetapi juga menjadi konglomerat yang berjaya setanding dengan Petronas.

Kini Felda telah merangka program 50 tahun kedua yang kami yakini amat penting untuk generasi kedua dan ketiga Felda. Program yang amat baik ini amatlah diperlukan oleh kami di tanah-tanah rancangan supaya hajat kerajaan menjadikan masyarakat Felda sebagai masyarakat berpendapatan tinggi akan berjaya. 

Oleh yang demikian, kami menyeru kawan-kawan semua untuk memilih kerajaan yang stabil dan terbukti berjaya membangunkan FELDA dan tidak sesekali memperjudikan masa depan kita dengan cuba bergantung kepada yang 'rapuh'. 


Kami Sayang FELDA !!!

Ikhlas daripada:
Jawatankuasa dan ahli-ahli,
Persatuan Belia (MBFM) Felda Cerul.

No comments:

Terkini @blog kami !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...