"BELIA PENGGERAK WAWASAN BANGSA"

Niat Jahat: Belia Felda Terengganu bantah Perhimpunan Oren !!!

BERNAMA melaporkan anggota Majlis Belia Felda Wilayah Terengganu (MBFM) hari ini mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah cadangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mengadakan perhimpunan Oren sebagai membantah Penubuhan Felda Global Venture Holding (FGVH) Sdn Bhd.

Barisan J/K Majlis Belia Felda Wilayah Terengganu
Pada demostrasi selama setengah jam di perkarangan pejabat Felda Wilayah Terengganu di Kuala Terengganu yang disertai kira-kira 50 anggota MBFM itu, mereka turut menyerahkan memorandum bantahan itu kepada Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu Abd Malib Abd Rani pada kira-kira 11.45 pagi.

Terdahulu, mereka yang mewakili Majlis Belia Felda seluruh Terengganu turut membuat 15 laporan di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu berhubung perkara itu.

Bantahan atas sikap pembangkang yg berterusan menganggu gugat keharmonian masyarakat Felda.
Naib Pengerusi 1 Majlis Belia Felda Wilayah Terengganu, Mohd Azani Mohd Noor berkata mereka menyifatkan perhimpunan Oren akan menjejaskan imej Felda seterusnya memberikan perspektif negatif kepada pelabur terhadap prospek FGVH.

"Saya terpanggil membuat laporan polis agar pihak penganjur perhimpunan Oren dikenakan tindakan undang-undang...tindakan kumpulan ini (ANAK) amatlah tidak disenangi dan dipersetujui oleh majoriti peneroka serta warga Felda yang lain," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tersebut.

Sementara itu, Abd Malib berkata pihaknya akan memanjang bantahan tersebut kepada pengurusan tertinggi Felda dengan segera.

Fauzi Adam
Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Terengganu, Mohd Fauzi bin Mat Adam berkata beliau amat kesal dan membantah keras Perhimpunan Oren yg akan diadakan pada sabtu ini. Jelaslah pada kami bahawa setiap perkara cuba dipolitik secara membabi buta oleh pihak pembangkang utk tujuan politik sempit mereka. Tujuan baik dan murni penyenaraian FGV di Bursa saham yang mdapat sokongan warga FELDA telah merunsingkan pembangkang yang terpaksa mengeluarkan penyokong-penyokong mereka utk berhimpun. MBF Terengganu yakin mereka yang akan berkumpul pada hari Sabtu ini bukannya golongan peneroka atau penerokawati tetapi merupakan penyokong-penyokong PAS yg dikerah dari seluruh negara. 

Beliau menambah bahawa hanya segelintir kecil sahaja peneroka FELDA yang masih belum sedar diri mereka sedang diper"tikus"kan oleh pembangkang manakala majoriti masyarakat FELDA bersama kerajaan dalam menjayakan transformasi ke arah menjadikan warga FELDA sebagai masyarakat berpendapatan tinggi. Kami warga FELDA terutamanya golongan belia amat bersyukur atas "nikmat" FELDA dan berterima kasih pada kerajaan atas "kecaknaan" berterusan sejak merdeka lagi.

No comments:

Terkini @blog kami !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...