"BELIA PENGGERAK WAWASAN BANGSA"

Sekitar Mesyuarat J/K Bulanan MBFM Cerul (Julai 2012)

Mesy. J/K Bulanan MBFM Cerul (Julai 2012) telah diadakan pada 31 Julai 2012 di Wisma JKKR Cerul. Selain membincangkan rutin mesyuarat, JK telah memutuskan 3 program sepanjang ramadhan iaitu "Prihatin Untuk Kemboja" iaitu kutipan baju terpakai, kopiah, baju melayu, kain pelikat, telekung, t'shirt dan lain-lain.



Program kedua ialah Ziarah Prihatin ke 10 buah rumah belia OKU dan Sakit di Felda Cerul dan berbuka puasa. Manakala program ketiga pulang ialah "Selamat Pulang Perantau".

Program tahun kedua ini akan diadakan dua hari sebelum Aidilfitri yg bertujuan mengumpulkan semua anak-anak Cerul di perantauan untuk beramah mesra.

Laporan aktiviti-aktiviti persatuan untuk bulan Julai 2012 adalah seperti berikut:
  • 31/7/2012 - Mesyuarat Bulanan J/K MBFM Cerul (Julai)
  • 29/7/2012 -Seramai 6 orang iaitu perwakilan dan peserta menghadiri Mesyuarat Agung MBFM Terengganu dan Kembara Jabatan Generasi Baharu Felda di Hotel Felda Residence, Kuala Terengganu.
  • 22/7/2012 - Menyediakan 500 bekas bubur lambuk dan menghantar 71 ahli ke Program Rakan Muda Ramadhan Kebangsaan di Masjid Geliga Kemaman.
  • 20/7/2012 - Menyertai Gotong Royong Ambang Ramadhan di Masjid Felda Cerul anjuran JK Masjid.
  • 19/7/2012 - Menghantar 24 orang ahli dan JK ke Hari Belia Terengganu 2012 di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu.
  • 16/7/2012 - Program Bacaan Yasin Belia MBFM Cerul (Versi Rumah Kak Na/Sopie)
  • 15/7/2012 hingga 18/7/2012 - Menghantar 4 ahli ke Bengkel Ibadah Belia Terengganu di Unisza, Kuala Terengganu.
  • 15/7/2012 - Menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Tertutup MBFM Cerul 2012
  • 13/7/2012 - Menganjurkan Kejohanan Bowling Tertutup MBFM Cerul di Kuantan Plaza.
  • 12/6/2012 hingga 6/7/2012 - Menganjurkan Liga Bola Sepak MBFM Cerul 2012 (Setiap 5.00 petang melibatkan 18 hari iaitu 18 perlawanan)
  • 5/7/2012 - Program Bacaan Yaasin Belia MBFM Cerul (Versi Rumah Tarmizi)
Gambar-gambar sekitar mesyuarat tersebut ada disini!!!

No comments:

Terkini @blog kami !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...