"BELIA PENGGERAK WAWASAN BANGSA"

Takluk Everest !!! Tahniah buat 7 anak FELDA


Tujuh anak peneroka Felda yang mengikuti projek Everest Felda 2013 selamat pulang ke tanah air malam ini selepas berjaya menakluki gunung tertinggi di dunia itu pada 21 dan 23 Mei lepas.

Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira 8.30 malam dari Kathmandu, Nepal disambut Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, selain keluarga serta persatuan pendaki gunung negara.

Melahirkan kesyukuran tidak terhingga, ketua kumpulan itu, Siti Hanisah Sharuddin, 23, berkata, kejayaan mereka adalah untuk dikongsi warga Felda dan seluruh rakyat Malaysia.


Siti Hanisah yang berasal dari Felda Jelai 1, Gemas, Negeri Sembilan menjadi wanita termuda negara menakluk puncak Gunung Everest di ketinggian 8,848 meter pukul 7.41 pagi pada 23 Mei waktu Malaysia.

"Saya tak pernah ada rasa mengalah, ayahpun ada pesan setiap langkah perlu ingat Allah," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan kepulangan mereka.

Beliau merupakan pendaki terakhir tiba di ketinggian 8,748 meter (South Summit) selepas terpaksa menangguhkan pendakian selama dua hari kerana masalah kesihatan.

Enam rakannya yang lain tiba di puncak Everest pada 21 Mei iaitu Mohd. Nasuha Shamsudin, 21, dari Felda Tersang 3, Raub, Pahang pada 8.31 pagi waktu Nepal diikuti Mohamad Asyraf Mohd. Halim, 25, (Felda Lok Heng Timur, Kota Tinggi, Johor, 8.48 pagi) dan Muhammad Hafizuddin Ibrahim, 22, (Felda Chini Timur 1, Pekan, Pahang, 9.11 pagi).

Selain itu, Zainudin Lot, 37, (jurulatih, 10.16 pagi); Myrza Fasha Md Hamyrudin, 25, (Felda Tersang 3, Raub, Pahang) dan Muhammad Illaham Ishak, 37, (jurulatih), masing-masing pada 11 pagi.

Projek Everest-Felda 2013 dikendali Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) dan mendapat sokongan serta tajaan Felda, Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan Majlis Belia Felda Malaysia.

Terdahulu, Mohd. Isa dalam ucapan ringkasnya berkata, kejayaan generasi muda itu menjadi kebanggaan Felda dan negara.

"Walaupun pelbagai persepsi dibuat terhadap penganjuran ini, tetapi Felda dan Felda Global memang beri sokongan hebat supaya ada anak-anak Felda boleh tiba juga ke Gunung Everest.

"Ini lebih baik daripada membuat perkara tak berfaedah seperti demonstrasi jalanan dan sebagainya," katanya.

Menganggap kejayaan pendaki muda itu sebagai permulaan kepada kejayaan lebih besar generasi Felda, Razali dalam ucapannya berkata, generasi Felda mempunyai kekuatan semangat yang tinggi.

Beliau berkata, satu pertemuan melibatkan kumpulan pendaki itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka berlangsung minggu depan untuk meraikan kejayaan mereka. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130601/dn_33/7-anak-peneroka-FELDA-takluk-Everest-selamat-pulang#ixzz2UypQncpk
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Komen: Belia Felda mampu apa sahaja. Ayuh kita sama-sama buktikan masyarakat FELDA terbaik di dunia !!!

No comments:

Terkini @blog kami !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...